Wednesday, 14 December 2011

betul ke cinta itu buta??

manusia memerlukan pasangan untuk saling hidup melengkapi.. hadirnya cinta dan perasaaan menjadikan hidup seseorang lelaki dan wanita sempurna seperti teguhnya kasih antara Shah Jehan dan  Mumtaz.. namun kadang kala cinta itu boleh menjadikan manusia buta.. bukan buta kerana memandang rupa atau harta, tetapi buta memandang cinta yang tulus suci.. Kerap kali kita mendengar orang berkata '' CINTA ITU BUTA '', tapi benarkah cinta itu buta ? atau manusia yang terlalu takjub dengan cinta sehingga perkara buruk yang berlaku di sekeliling pon di katakan baek sehingga boleh menolak keluarga demi cinta sejati...hurmm~
<3 nikmat cinta
cinta sememangnya indah..penyatuan dua hati menjadi satu...saat pertemuan dengan jantung hati sememang nya tak dapat d lupakan...bermula pandang pertama, dengupan jantung seakan akan berhenti...dari mata turun ke hati...itulah perasaan kita..
<3 terburu buru 
''lautan berapi sanggup kurenangi, demi cintaku padamu''..itu lah kata kata manis yang sering d ucapkan bagi pasangan yang bercinta..biasanya kata kata ini d ucapkan oleh lelaki, perempuan pula mulalah nak percaya walaupun pada hakikat nya baru saje berkenalan...sikap terburu buru macam ni lah yang membuatkan pasangan cepat terpedaya dengan kata kata manis yang d berikan...saat itulah sebenarnya yang d katakan cinta itu buta padahal kita sebagai manusia yang buta memandang cinta..

No comments:

Post a Comment